Tuesday, December 21, 2010

Parenting and Being a Daughter

Sebagai satu2nya anak perempuan dalam keluarga...aku rasa obliged to be there for my parents (walaupun aku tau adik lelaki aku dan abang long pun sayang mak abah).

Abah memang seorang figure yang sangat aku sayangi. Aku sangat rapat dgn abah. Setiap kali abah sakit (maklumlah...abah dah 70 tahun, tahun ni) w/pun sekadar batuk selesema...aku rasa sayu.


Mak seorang wanita cekal yang sentiasa mendahulukan org lain dari dirinya sendiri. Mungkin kerana kesusahan hidup masa dulu, kurang diberi peluang belajar semasa remaja...mak menjadi wanita yg sgt cekal & berkerja keras. Mak agak garang semasa muda2. Kalau abah x pernah jentik aku...mak adalah org yg bertanggung jawap memberi didikan tegas pada aku.Aku banyak memiliki persamaan sifat dgn mak...sbb tu panas sket aku ngan mak. Tapi aku tetap sayang mak.


Kini...mereka dah boleh hidup selesa diusia tua. Tapi aku tahu mereka perlu kan lebih dari kesenangan wang ringgit. Meraka mahu anak2 sentiasa mengingati dan amat gembira bila cucu2 dapat berkumpul sekeliling mereka.


Yang aku pasti....aku sayang sangat Mak & Abah.



Now, as we became parents...kita tahu macamana perasaan mak & abah membesarkan kita...dan harapan mereka pada kita.
Walaupun kita dah berkeluarga...ingatlah asal usul kewujudan dan pembentuk diri kita.

SAYANG MAK ABAH.
SAYANG ANAK2 MAK.
SAYANG MY DEAR HUSBAND aka MY CHILDRENS' FATHER.

Monday, December 20, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah (Part 5)

11 Disember 2010

Trip balik ke kg diserikan dengan aktiviti picnic di kaki Gunung Ledang.




Kami bertolak seawal 8.30am dr rumah...dan sampai l/kurang 11.30am di kaki Gunung Ledang.


Sempat gak la singgah kat bus station Tangkak...sbb permintaan ramai (nak ke toilet dan lapar...nak beli minuman panas).




Simpang masuk ke Hutan reakriasi Gunung Ledang ni kat tepi jalan jer (Tangkak ke Jementah).




Tiket masuk:
RM2.00 untuk kenderaan
RM1.00 untuk dewasa
RM0.50 untuk kanak2


Tiba jer...org dah agak ramai...kami bentang tikar...terus masuk air. Masyaallah...sejuknyer la air gunung ni.


Lama gak la kami berendam...sampai raiyan kecut2 jari kaki & tangan,



Selesai mandi-manda, makan2, beli itu ini...kami teruskan perjalanan balik kg ke Segamat.
Singgah kat rumah atuk mak/atuk abah Kemelah...then ambil diorang terus ke Pekan Air Panas, Labis ke rumah atuk ayah/atuk mak untuk kenduri atuk mak pencen (dan happy birthday).


HAPPY BIRTHDAY ATUK MAK (NAIMAH KASIM) 12/12/2010

Saturday, December 18, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah (Part 4)

2 Muharram 1432/8 Disember 2010
Mak sambung cuti sehari lagi...
Bawa anak2 pegi Alamanda...movie @11.30am; Ngangkung.


Ronda2 Alamanda sehari suntuk.



Monday, December 13, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah (Part 3)

7 Disember 2010/1 Muharram 1432 (Maal Hijrah)
Sempena cuti maal hijrah...kami merancang picnic skala kecil (~10 famili dr kejiranan Kota Perdana) ke Bagan Lalang, Sepang.
Bertolak seawal 8.45am...kami sampai ke Bagan Lalang lebih kurang pukul 11.00am (berhenti sekejap di perjalanan sbb masalah tayar kereta salah sebuah kereta).

Sesampai ke tepi pantai...terus cari port. Orang pun tak ramai lagi. Tempat sangat shady...sesuai benar untuk berkelah. Bentang tikar...pasang khemah...anak2 terus berlari ke tepi pantai...main bola, main pasir, main layang2.



Aktiviti ibu2 yang kelaparan ni...breakfast. Anak2 x menyahut dah bila dipanggil.




Kemudian ibu2 sibuk lah ke pasar (tepi pantai tu jugak) mencari ikan, sotong, udang untuk BBQ.


Selepas membakar...makan2 lagi ler. Then pi solat kat surau berdekatan. Tempat mandi pun ada.





Overall...tempat ni ok la.

Walaupun ini percutian cuti sekolah...tapi lebih banyak wajah2 ibubapa yg enterframe...hehehe. Bukan apa...anak2 semua dok berseronok tepi pantai...mana sempat bergambar. Anyway...depa semua happy!

Sunday, November 28, 2010

MAHA 2010 (26November-5 December 2010)

28 NOVEMBER 2010
Seperti 2 tahun lepas, kami takkan lepaskan peluang ke MAHA. Kebetulan rumah kami dekat dengan MAEP tu, mak abah memamg tak miss dtg MAHA, me & husband fancy foods so much...dan anak2 suka main2 ngan haiwan2 ternakan/peliharaan...maka, MAHA menjadi acara wajib bagi kami setiap 2 tahun.
Tahun ni mak, abah dan mak abah mertua datang hari Sabtu lalu untuk ke MAHA. Dengan keadaan mak mertua yang tak berapa sihat (DM)...dia gagahi juga bersama2 kami meredah MAHA.
Overall, MAHA 2010 ni ok la...tapi mungkin sistem pengangkutan (yang diubah suai) pada tahun ini agak kelam kabut sedikit...sebab ramai org yg tak faham (dan ramai juga yang tak sabar sampai menyumpah seranah kakitangan MAHA/RELA). Tujuan penganjur MAHA mungkin baik...mereka nak pastikan setiap tempat pameran dikunjungi orang ramai...tetapi memaksa setiap org turun di setiap stesyen dan mengambil trem di stesyen yang seterusnya (depan sikit jer) mungin menimbulkan kemarahan org ramai dan menyusahkan org2 tua dan mereka yg bawa banyak barang2 (shopping @ MAHA).
Walaupun ada tersedia kenderaan untuk OKU, tapi pada peak hours (even kdg2 bukan peak hours) kenderaan tu memng x mencukupi. Akibatnya ramai la yang sepatutnya dapat priority mengalami kesusahan menunggu kenderaan berjam2...malah bersesak2 dlm trem biasa. Mereka yang menunggu bas Rapid KL (satu2nyer kenderaan(s) yang ke PINTU2/Suarasa) terpaksalah beratur panjang (panjangggggg sgt) sehingga ramailah anak2 kecik kita yang lencun kena hujan semasa beratur menunggu turn menaiki bas (petang selalu hujan kan sekarang).
Anyway....sebab masalah pergerakan/limitation pada hari pertama tu...kami pergi lagi 30 November 2010 tu untuk bawa anak2 main kuda, arnab...dan makan2 lagi.
Selamat me"MAHA".

First visit on 28 Nov 2010


Pakat2 beli air sebelum memulakan perjalanan

MAKAN2 @ MAHA

Sup tulang merah

Mee bandung

Satay daging

Nasi kukus ayam berempah

2nd day @ MAHA (30NOV2010)









Lepak!!!!

MENUNGGU RAPID KL



3rd visit @ MAHA 1DEC2010 (only me & hubby-terperangkap dalam hujan lebattt...)