Seperti 2 tahun lepas, kami takkan lepaskan peluang ke MAHA. Kebetulan rumah kami dekat dengan MAEP tu, mak abah memamg tak miss dtg MAHA, me & husband fancy foods so much...dan anak2 suka main2 ngan haiwan2 ternakan/peliharaan...maka, MAHA menjadi acara wajib bagi kami setiap 2 tahun.
Tahun ni mak, abah dan mak abah mertua datang hari Sabtu lalu untuk ke MAHA. Dengan keadaan mak mertua yang tak berapa sihat (DM)...dia gagahi juga bersama2 kami meredah MAHA.
Overall, MAHA 2010 ni ok la...tapi mungkin sistem pengangkutan (yang diubah suai) pada tahun ini agak kelam kabut sedikit...sebab ramai org yg tak faham (dan ramai juga yang tak sabar sampai menyumpah seranah kakitangan MAHA/RELA). Tujuan penganjur MAHA mungkin baik...mereka nak pastikan setiap tempat pameran dikunjungi orang ramai...tetapi memaksa setiap org turun di setiap stesyen dan mengambil trem di stesyen yang seterusnya (depan sikit jer) mungin menimbulkan kemarahan org ramai dan menyusahkan org2 tua dan mereka yg bawa banyak barang2 (shopping @ MAHA).
Walaupun ada tersedia kenderaan untuk OKU, tapi pada peak hours (even kdg2 bukan peak hours) kenderaan tu memng x mencukupi. Akibatnya ramai la yang sepatutnya dapat priority mengalami kesusahan menunggu kenderaan berjam2...malah bersesak2 dlm trem biasa. Mereka yang menunggu bas Rapid KL (satu2nyer kenderaan(s) yang ke PINTU2/Suarasa) terpaksalah beratur panjang (panjangggggg sgt) sehingga ramailah anak2 kecik kita yang lencun kena hujan semasa beratur menunggu turn menaiki bas (petang selalu hujan kan sekarang).
Anyway....sebab masalah pergerakan/limitation pada hari pertama tu...kami pergi lagi 30 November 2010 tu untuk bawa anak2 main kuda, arnab...dan makan2 lagi.
Selamat me"MAHA".

Pakat2 beli air sebelum memulakan perjalanan
MAKAN2 @ MAHA
MAKAN2 @ MAHA








No comments:
Post a Comment