Tuesday, November 2, 2010

Telur yang dipasteurkan (Pasteurized Eggs)




Definisi: Telur yang telah dipasteurkan untuk mengurangkan kemungkinan penyakit bawaan makanan daripada masakan yang tidak dimasak atau separa masak.


Pempasteuran adalah proses untuk memusnahkan mikroorganisma di dalam makanan yang boleh mendatangkan bahaya dengan menggunakan satu tahap suhu terkawal yang tepat, dalam jangkamasa yang tertentu. Ia selalu digunakan dalam penyediaan susu tetapi juga untuk beberapa jenis produk makanan yang lain.

Walaupun pempasteuran tidak menghapuskan 100% mikroorganisma, penggunaan teknik yang betul dapat mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan.


Mengapa telur perlu dipasteurkan?


Telur (dengan kulit) adalah bahan makanan yang boleh memudaratkan (defined by The FDA Food Code) iaitu makanan yang memerlukan kawalan jangkamasa/suhu untuk jaminan keselamatan (TCS) bagi mengurangkan pembiakan mikroorganisma patogen (yg membawa penyakit) atau pembentukan toksin.

The U.S. Department of Agriculture tidak menggalakkkan memakan telur secara mentah atau separa masak kerana kemungkinan terdapat bakteria Salmonella.

Untuk mengelakkan penyakit daripada bakteria ini, telur yang tidak dirawat perlu disimpan di peti sejuk, dimasak sehingga telur kuning mengeras dan memasak semua makanan mengandungi telur dengan sempurna.


Jangkitan Salmonella

Bakteria Salmonella enteritidis adalah bakteria yang merbahaya menjangkiti manusia dengan makan telur mentah/separa masak.

Jangitan salmonella menyebabkan loya, muntah, kejang perut, cirit birit, demam dan sakit kepala. Simptom2 selalunya bermula 6-48jam selepas makan makanan yang dicemari Salmonella.

Jangkitan Salmonella selalunya memerlukan rawatan hospital, boleh menyebabkan kematian dan menyebabkan kesan jangka panjang terutama reactive athritis (radang sendi)

[edit]Virus selesema burung (Avian flu virus)

Proses pempastueran juga dapat memusnahkan virus selesema burung.


TELUR PASTEUR ANYONE?


Telur pasteur boleh didapati dikebanyakan supermarket. Periksa label!



Telur pasteur mempunyai rasa dan nilai nutrisi yang sama dengan dengan telur yang tidak dipasteurkan.


Bagaimana membezakan telur yang dipasteurkan/tidak?

Telur yang dipasteurkan mempunyai telur putih yang lebih keruh (keputihan) berbanding telur yang tidak dipasteurkan (jernih).



Penyediaan makanan seperti mayonaise, mousse, shiffon, telur 3/4, 1/2 masak atau kaum lelaki yang gemar makan telur mentah bercampur madu...pastikan hanya menggunakan telur pasteur.

Mereka yang berisiko tinggi dengan paras immune yang rendah seperti orang tua, kanak-kanak, pesakit selepas menjalani pembedahan terutama pembedahan tulang/sendi juga patut menggunakan produk telur yang dipasteurkan sahaja.


SEMOGA KITA SEMUA MENJADI PENGGUNA BIJAK






1 comment:

  1. Biasa boleh dapat dimana pasteurized egg ni? Lotus takde kn?

    ReplyDelete