
Musim hujan datang lagi...
Seaawal October, utara tanahair dah mula banjir.
Harap2 tahun ni Segamat tak banjir lagi. Kesian mak abah...nak keluar ke kedai pun susah.
Musim2 hujan ni nak keluar rumah pun malas.
Malas nak menghadap jamm dan membasahkan pakaian.
Kain kat ampai pun susah nak kering....lembap ajer. Nasib baik dah nak cuti sekolah.
Tapi...jika kita renungkan...ini semua rahmat tuhan.
Masa ni lah...sikit sebanyak kita teringat juga zaman kanak2 kita masa kat kampung.
Menyedarkan kita...betapa beruntung dan selesanya hidup kita sekarang...
Dulu2...bila hujan memanjang, mak abah tak boleh ke kebun...maka tiadalah hasil pendapatan.
Makan pun ala kadar sahaja. Nak keluar ke mana2 pun susah.
Sekarang semuanyer jauh lebih mudah/selesa.
Hujan atau tidak, tak pernah mempengaruhi sumber pendapatan kita.
Kita masih boleh ke sana ke mari...
Makan minum lansung tiada masalah...
Mak abah kita pun lebih senang sekarang.
Walupun masih tinggal di kampung...sekurangnya mereka tak perlu membanting tulang berkerja lagi. Hati juga tak perlu risau sebab tak dapat menoreh/ke kebun/tanaman rosak, haiwan ternakan mati...
Besarnya rahmat tuhan kepada kita.
Cuma jangan lupa...walaupun sebahagian besar dari kita sudah dapat hidup dgn lebih selesa...masih ada yang kurang bernasib baik.
Mari lah kita sama2 menhulur tangan, meringankan beban mereka.
No comments:
Post a Comment